Tuesday, March 27, 2012

Apa Itu Ekonomi Islam


Ekonomi Islam ialah ekonomi menurut undang-undang Islam. Adanya dua paradigma untuk memahami Perekonomian Islam, dengan satunya menganggap rangka politik Islam (iaitu Khilafah), dan yang lain itu menganggap rangka politik bukan Islam yang melahirkan suatu paradigma yang bertujuan untuk menyepadukan sesetengah rukun Islam yang terkenal ke dalam sebuah rangka ekonomi sekular.

Paradigma pertama bertujuan untuk mentakrifkan semula masalah ekonomi sebagai suatu masalah pengagihan sumber untuk mencapai:
-keperluan-keperluan asas dan mewah para orang perseorangan di dalam masyarakat;

-membina pasaran etika yang mempunyai persaingan kerjasama;

-memberikan ganjaran kepada penyerta-penyerta kerana terdedah kepada risiko dan/atau liabiliti;

-membahagikan harta-harta secara adil antara kegunaan awam dan kegunaan peribadi; dan

-negara memainkan peranan yang jelas terhadap pengawasan, percukaian, pengurusan harta awam dan memastikan peredaran kekayaan.
Gerakan-gerakan Islam yang menyeru agar politik dibaharui umumnya akan mencadangkan paradigma ini untuk menjelaskan bagaimana mereka akan memperkenalkan pembaharuan ekonomi. Bagaimanapun, paradigma kedua hanya mencadangkan dua hukum utama, iaitu:

-faedah tidak boleh dikenakan pada pinjaman;

-pelaburan harus menepati tanggungjawab sosial.

Perbezaan utama dari segi kewangan ialah peraturan tiada faedah kerana paradigma pelaburan Islam yang menepati tanggungjawab sosial tidak amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh agama-agama yang lain. Dalam percubaannya untuk melarang faedah, ahli-ahli ekonomi Islam berharap untuk menghasilkan sebuah masyarakat yang lebih bersifat Islam. Bagaimanapun, gerakan-gerakan liberal dalam agama Islam mungkin akan menafikan keperluan untuk perkara ini kerana mereka umumnya melihat Islam sebagai secocok dengan institusi-institusi dan undang-undang sekular moden

Dengan melakukan istiqra` terhadap hukum-hukum syara' yang menyangkut masalah ekonomi, akan dapat disimpulkan bahawa Sistem Ekonomi (an-nizham al-iqtishadi) dalam Islam mencakup pembahasan yang menjelaskan asas-asas yang membangun sistem ekonomi Islam terdiri dari atas tiga asas :

• bagaimana cara memperoleh kepemilikan harta kekayaan (al-milkiyah)?

• bagaimana pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki (tasharruf fil milkiyah)?

• bagaimana cara edaran kekayaan tersebut di tengah-tengah masyarakat (tauzi'ul tsarwah bayna an-naas)?

Pertama : Cara Pemilikan Harta Dalam Islam (Al-Milkiyah)

Sistem Ekonomi Islam berbeza sama sekali dengan sistem ekonomi kufur buatan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah sempurna kerana berasal dari wahyu, dan dari segi pemilikan, ia menerangkan kepada kita bahawa terdapat tiga jenis pemilikan:-

• Hak Milik Umum: meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri-industri berat. Semua ini merupakan hak milik umum dan wajib diuruskan (dikelola) oleh Daulah Islamiyah(negara) manakala manfaatnya wajib dikembalikan kepada rakyat

• Hak Milik Negara meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syar’ie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. Negara membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat

• Hak Milik Individu: selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syar’ie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syar’ie juga.

Kedua : Cara Pengelolaan Kepemilikan (At-Tasharruf Fi Al Milkiyah)
Secara dasarnya, pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki mencakup dua kegiatan, iaitu:-.

1) Pembelanjaan Harta (Infaqul Mal)

Pembelanjaan harta (infaqul mal) adalah pemberian harta kekayaan yang telah dimiliki. Dalam pembelanjaan harta milik individu yang ada, Islam memberikan tuntunan bahawa harta tersebut haruslah dimanfaatkan untuk nafkah wajib seperti nafkah keluarga, infak fi sabilillah, membayar zakat, dan lain-lain. Kemudian nafkah sunnah seperti sedekah, hadiah dan lain-lain. Baru kemudian dimanfaatkan untuk hal-hal yang mubah (harus). Dan hendaknya harta tersebut tidak dimanfaatkan untuk sesuatu yang terlarang seperti untuk membeli barang-barang yang haram seperti minuman keras, babi, dan lain-lain.

2) Pengembangan Harta (Tanmiyatul Mal)

Pengembangan harta (tanmiyatul mal) adalah kegiatan memperbanyak jumlah harta yang telah dimiliki. Seorang muslim yang ingin mengembangkan harta yang telah dimiliki, wajib terikat dengan ketentuan Islam berkaitan dengan pengembangan harta. Secara umum Islam telah memberikan tuntunan pengembangan harta melalui cara-cara yang sah seperti jual-beli, kerja sama syirkah yang Islami dalam bidang pertanian, perindustrian, maupun perdagangan. Selain Islam juga melarang pengembangan harta yang terlarang seperti dengan jalan aktiviti riba, judi, serta aktiviti terlarang lainnya.

Pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan umum itu adalah hak negara (Daulah Islamiyah), kerana negara (Daulah Islamiyah) adalah wakil ummat. Meskipun menyerahkan kepada negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelolanya, namun Allah SWT telah melarang negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelola kepemilikan umum tersebut dengan jalan menyerahkan penguasaannya kepada orang tertentu. Sementara mengelola dengan selain dengan cara tersebut diperbolehkan, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara'.

Adapun pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan negara (Daulah Islamiyah) dan kepemilikan individu, nampak jelas dalam hukum-hukum baitul mal serta hukum-hukum muamalah, seperti jual-beli, gadai (rahn), dan sebagainya. As Syari' juga telah memperbolehkan negara (Daulah Islamiyah) dan individu untuk mengelola masing-masing kepemilikannya, dengan cara tukar menukar (mubadalah) atau diberikan untuk orang tertentu ataupun dengan cara lain, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara’.

Ketiga : Cara Edaran Kekayaan Di Tengah Masyarakat (Tauzi'ul Tsarwah Tayna An-Naas)

Kerana edaran harta kekayaan termasuk masalah yang sangat penting, maka Islam memberikan juga berbagai ketentuan yang berkaitan dengan hal ini. Mekanisme edaran harta kekayaan terwujud dalam hukum syara’ yang ditetapkan untuk menjamin pemenuhan barang dan perkhidmatan bagi setiap individu rakyat. Mekanisme ini dilakukan dengan mengikuti ketentuan sebab-sebab kepemilikan (contohnya, bekerja) serta akad-akad muamalah yang wajar (contohnya jual-beli dan ijarah).

Namun demikian, perbezaan potensi individu dalam masalah kemampuan dan pemenuhan terhadap suatu keperluan, boleh menyebabkan perbezaan edaran harta kekayaan tersebut di antara mereka. Selain itu perbezaan antara masing-masing individu mungkin saja menyebabkan terjadinya kesalahan dalam edaran harta kekayaan. Kemudian kesalahan tersebut akan membawa hanya harta kekayaan teredar kepada segelintir orang saja, sementara yang lain kekurangan, sebagaimana yang terjadi akibat penimbunan harta, seperti emas dan perak.

Oleh kerana itu, syara' melarang berputarnya kekayaan hanya di antara orang-orang kaya namun mewajibkan perputaran tersebut terjadi di antara semua orang.

Allah SWT berfirman :

"Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu." (QS. Al-Hasyr : 7)

Di samping itu syara' juga telah mengharamkan penimbunan emas dan perak (harta kekayaan) meskipun zakatnya tetap dikeluarkan.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman :

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih." (QS. At-Taubah : 34)

Kharaj

Kharaj bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam. Dalam undang-undang syariah, Kharaj ialah cukai ke atas tanah pertanian. Kharaj tidak disebut dalam Quran atau Hadith tetapi lebih kepada ijma' atau persepakatan ulama Islam dan sebahagian daripada tradisi islam atau urf.

Dalam sejarah Islam, kharaj berupa duti yang dikenakan ke atas tanah yang telah dirampas daripada Empayar Byzantine dan Sassanid, sama ada melalui peperangan atau damai. Jika perjanjian damai antara kaum Muslimin dan penduduk ini telah bersepakat mengatakan tanah tersebut adalah milik Daulah Islamiyah (negara), dan mereka mengakuinya dengan membayar kharaj, maka mereka harus menunaikannya. Kharaj menurut bahasa bermakna al-kara' (sewa) dan al-ghullah (hasil). Setiap tanah yang diambil daripada kaum kuffar dengan cara paksa, setelah diumumkan perang ke atas mereka, maka tanah teresbut dikategorikan sebagai tanah kharajiyah. Walaupun mereka masuk Islam selepas penaklukan itu, namun tanah tersebut statusnya masih tanah kharajiyah.

Abu Ubaid meriwayatkan dalam kitab Al-Amwal dari Az-Zuhri yang mengatakan : " Rasulullah s.a.w menerima jizyah daripada orang Majusi Bahrain." Az-Zuhri menambah lagi: "Siapa sahaja di antara mereka yang memeluk Islam, maka keIslamannya diterima, dan keselamatan diri dan hartanya akan dilindungi melainkan tanah. Kerana tanah tersebut adalah tanah fai' (rampasan) bagi kaum Muslimin, kerana orang itu tidak menyerah diri sejak awal, sehinggalah dia terlindungi."

Maksudnya sehingga mereka di lindungi oleh kaum Muslimin.Manakala jumlah kharaj yang wajib dipungut daripada tanah itu hendaklah dikira berdasarkan kandungan tanahnya. Pada masa Umar menetapkan kharaj, beliau meneliti kandungan tanahnya, dan tidak bertindak zalim terhadap si pemilik dan penanamnya. Dalam beberapa situasi beliau telah memungut kharaj untuk setiap 1 jarib dengan 1 qafiz dan 1 dirham. Dalam keadaan dan tanah yang lain beliau memungut kharaj dengan jumlah yang berlainan pula. Di daerah Syam pula beliau memungutl jumlah kharaj yang berlainan . Oleh kerana itu, memang diketahui yang beliau meneliti setiap tanah berdasarkan kadar kandungan tanahnya.

Jika beliau telah menetapkan kharaj tersebut berdasarkan kandungan tanahnya, maka beliau akan mengambilnya bersesuaian dengan apa yang telah beliau tetapkan. Jikalau beliau telah menetapkan kharaj ke atas sebidang tanah dengan kadar tahunan, maka beliau akan memungut kharaj itu pada akhir tahun qamariyah. Ini kerana tahun qamariyah merupakan tahun yang sudah diketahui umum hukum syara'nya. Apabila beliau menetapkan untuk sepetak tanaman, maka beliau akan memungut kharaj pada akhir setiap tahun syamsyiyah. Ini kerana tahun syamsyiyah adalah tahun yang hujan turun dan orang akan mulai bercucuk tanam. Jikalau beliau menetapkan dengan sistem hasil , ianya akan ditentukan bila tanaman itu akan mengeluarkan hasil secara amnya. Kemudian beliau akan memungut kharaj apabila tanaman itu telah mengeluarkan hasil.

Seorang Imam (Khalifah) boleh mengira kharaj dengan memerhatikan perkara-perkara yang sepatutnya berdasarkan tiga aspek ini:

-berdasarkan luas tanah, atau

-tanamannya, ataupun

-akan dikira berdasarkan kadar hasil tanaman yang dapat pada waktu itu.

Jika tanah itu disuburkan sehingga boleh meningkatkan hasil tanamannya, ataupun tanah itu diserang faktor-faktor yang boleh membuatkan hasil tanamannya berkurangan maka perkara sebegini harus diteliti terlebih dahulu.: Jika peningkatan hasil tanaman itu merupakan hasil usaha daripada petani, contohnya mereka telah menggali telaga, ataupun mereka membuat saluran air,maka kharaj mereka tidak akan ditambah walaupun sedikit.

Jika hasil tanaman petani berkurangan disebabkan kerosakan yang mereka lakukan sendiri, seperti mereka merosakkan saluran air, ataupun tidak memanfaatkan telaga yang ada, maka pungutan kharaj mereka tidak akan dikurangkan walaupun sedikit. Malah mereka akan diperintahkan untuk memperbaiki alat-alat yang telah mereka rosakkan. Jikalau hasil pertanian mereka bertambah dan berkurang disebabkan tindakan yang dilakukan oleh negara seperti negara telah menggali telaga (sumur bor) untuk mereka ataupun tidak memperbaiki saluran-saluran air untuk mereka, maka negara boleh menambahkan kharajnya apabila hasil tanaman mereka bertambah, dan wajib menguranginya apabila hasil tanaman mereka berkurangan. Tetapi jika hasil tanaman itu bertambah atau berkurangan disebabkan faktor alam seperti bencana alam yang menyebabkan tanamannya rosak, ataupun hanyut disebabkan banjir. Maka kharajnya akan ditentukan berdasarkan kadar kandungannya sehinggakan penduduk setempat tidak merasakan yang mereka dizalimi. Kharaj juga akan ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan bukannya secara berterusan. Penetapan ini boleh berubah-ubah ataupun berakhir pada waktu tertentu kerana kadar kandungan tanahnya juga memerlukan perkiraan yang baru (berubah).

Dalam ekenomi kapitalis semua item/material adalah milikan negara.
Pada hari ini rakyat(hamba/zombie) negara tersebut adalah liabiliti yang mana dimiliki oleh pemimpin negara tersebut. Setiap materi diberi nilai cukainya. cukai kenderaan, pendidikan dan semuahal.

Ianya amat bertentangan dengan islam. menjual air, petroleum, letrik, solar... adakah pemimpin dari kerajaan islam akan mampu mengambil kira perkara2 diatas?

adakah pemimpin akan sedar tentang negara yang tanahnya kharajiah dan usuriah?

No comments:

Post a Comment